Kesan Pasang Surut Ekonomi Malaysia 2018
Kesan Pasang Surut Ekonomi Malaysia 2018 ke atas Rakyat
Kesan Positif
- Memupuk amalan berjimat cermat dan mengurus wang dengan bijak
- Industri tempatan dapat diperkembangkan
- Pertumbuhan sektor pelancongan
MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT & MENGURUS WANG DENGAN BIJAK
- Impak ekonomi Malaysia 2018 telah menyedarkan khalayak ramai untuk bijak merancang pengurusan wang.
- Rakyat dapat membezakan keperluan dan kehendak sebelum membeli sesuatu barang.
- Mereka dapat membanding harga di beberapa kedai sebelum membeli untuk membeli barang yang sama dengan harga yang paling murah.
- Masyarakat juga dapat membeli barang mengikut kemampuan sendiri di mana peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi seperti mengukur baju di badan sendiri supaya tidak membebankan aspek kewangan sendiri.
- Orang ramai dapat membuat senarai barang ketika membeli barang di pusat beli-belah dan tidak membazir duit dengan sewenang-wenangnya.
- Tips untuk menjimat duit dapat mengelakkan mereka berhutang.
- Mereka dapat menyimpan duit simpanan untuk kes kecemasan.
INDUSTRI TEMPATAN / DOMESTIK DIPERKEMBANGKAN
- Harga barang tempatan yang lebih murah akan dijadikan pilihan utama rakyat Malaysia.
- Barang buatan Malaysia dapat melahirkan semangat nasionalisme apabila rakyat menyokong buatan negara sendiri yang berkualiti dan berasa bangga.
- Sebagai contoh, banyak orang Malaysia membeli kereta tempatan seperti Viva, Myvi dan Perodua.
- Keadaan ini akan membantu untuk mengekalkan kestabilan nilai mata wang negara kerana pertukaran asing kepada negara luar akan dikurangkan.
- Situasi ini dapat merendahkan kadar pengangguran di negara kita.
- Kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.
PERTUMBUHAN SEKTOR PELANCONGAN
- Negara yang mempunyai nilai mata wang asing yang lebih tinggi apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia meningkatkan kuasa beli pelancong untuk berbelanja di Malaysia.
- Kemampuan mereka membeli buah tangan kerana harga penjualan di Malaysia lebih murah menarik minat mereka datang ke Malaysia melancong.
- Destinasi-destinasi pelancongan seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Sabah merupakan contoh yang disukai.
- Malaysia mempunyai banyak gunung, banjaran dan laut yang indah untuk diterokai.
- Pembentukan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum merupakan keunikan yang terunggul kerana lebih banyak pilihan dari segi pemakanan, pemakaian, adat resam, tradisi dan budaya.
- Keharmonian negara dan sikap ramah mesra negara Malaysia dapat memikat hati pelancong negara luar.
Kesan Negatif
- Kos sara hidup rakyat meningkat
- Masalah kekeluargaan dalam masyarakat
- Kadar jenayah meningkat
KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT
- Inflasi berlaku di mana berlakunya kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi.
- Kos sara hidup semakin meningkat dan masyarakat menjadi kurang mampu untuk membeli barang dan perkhidmatan yang boleh memenuhi kepuasan dan kehendak mereka.
- Taraf kebajikan mungkin terjejas kepada mereka yang berpendapatan tetap kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.
- Kadar kemisikinan dalam kalangan masyarakat akan meningkat kerana banyak isi rumah tidak mempunyai punca pendapatan yang lain.
MASALAH KEKELUARGAAN DALAM MASYARAKAT
- Masalah kesihatan mental seperti kemurungan atau stres yang serius mungkin wujud kerana beban kewangan yang semakin meningkat.
- Pergaduhan atau konflik lain akan ditimbulkan dalam isi rumah akibat tekanan untuk menampung kos sara hidup keluarga.
- Masyarakat juga akan kehilangan yakin diri apabila ketinggalan dari segi ilmu dan teknik terbaharu dalam bidang kepakaran.
KADAR JENAYAH MENINGKAT
- Kes jenayah dalam masyarakat seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah dan sebagainya akan meningkat.
- Punca yang berlaku kes jenayah kerana mereka yang kurang berkemampuan dan kesempitan wang ingin mengambil jalan cepat untuk mendapat wang dengan cara yang salah.
- Rakyat akan berasa bimbang akan keselamatan diri.
Comments
Post a Comment