Faktor Dalaman

 FAKTOR DALAMAN

  • Penurunan Harga Minyak Kelapa Sawit
  • Perubahan Tampuk Pemerintahan Kerajaan
  • Liabiliti Kerajaan 
  • Pemansuhan GST

PENURUNAN HARGA MINYAK KELAPA SAWIT

- Penurunan harga kelapa sawit menjejaskan ekonomi Malaysia.  Hal ini demikian kerana Malaysia banyak mengeksport kelapa sawit.  Oleh sebab itu, ketika harga kelapa sawit menurun, keuntungan kepada negara akan berkurang secara tidak langsung mempengaruhi ekonomi Malaysia.

- Berdasarkan fakta semasa, harga minyak kelapa sawit pada akhir bulan Mac 2018 adalah 
RM 2 966.00 / tan metrik manakala harga minyak kelapa sawit pada bulan April 2019 adalah 
RM 2471.49 / tan metrik.  Penurunan harga sebanyak hampir 17 peratus.

- Harga kelapa sawit menurun juga berkait rapat dengan persaingan sengit dengan Indonesia kerana Indonesia memasarkan komoditi pada harga yang sangat murah.

- Walaupun kualiti minyak kelapa sawit Malaysia lebih tinggi namun Indonesia menjual minyak kelapa sawit pada harga yang lebih murah daripada Malaysia, tentulah negara pengimport memilih minyak kelapa sawit Indonesia.

- Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan bahan bakar biosawit kerana penggunaan minyak kelapa sawit mengakibatkan masalah jerebu, kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar. Pengharaman ini menyebabkan harga minyak kelapa sawit jatuh secara mendadak.



PERUBAHAN TAMPUK PEMERINTAHAN KERAJAAN

- Pada 9 Mei 2018, parti Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan baharu.

-Dengan peralihan kuasa pemerintahan, pelbagai pembaharuan akan dilaksanakan dan berkemungkinan menyebabkan ketidakstabilan politik kerana terdapat percanggahan pendapat.

- Ketidakstabilan politik turut akan mempengaruhi ekonomi negara kerana kuasa politik menentukan pelaksanaan program ekonomi.

- Perubahan dasar seperti pengkajian semula projek mega serta perubahan BR1M kepada BSH.  Contohnya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diterajui China Communications Construction Group Ltd dibatalkan kerana Malaysia tidak mampu menanggung kadar faedah tahunan yang menjangkau hampir RM 500 juta.

- Kesannya, nilai pampasan yang perlu dibayar kepada China turut meningkatkan perbelanjaan Malaysia. 



LIABILITI KERAJAAN

- Jumlah liabiliti kerajaan mencecah RM 1.1 trilion iaitu kira-kira 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-Peningkatan liabiliti adalah untuk menampung pembiayaan projek yang sedang dilaksanakan dan perlu menambahkan modal lagi bagi menyempurnakannya.  Hal ini mengakibatkan kerajaan kekurangan wang.

- Kerajaan Malaysia tidak berupaya membayar hutang dan terpaksa memperoleh pinjaman daripada negara lain iaitu Jepun.

- Hutang yang banyak menyebabkan Malaysia tidak mampu memacukan ekonomi kerana kekurangan modal.



PEMANSUHAN GST

- Penggantian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

- Pengenalan SST merubah pendapatan ekonomi negara kerana kutipan cukai negara jatuh dari 44 bilion kepada 21 bilion setahun.  Hal ini demikian kerana hanya 38 % barang yang dikenakan cukai SST manakala 60 %  barang yang dikenakan cukai GST.

- Sekiranya GST dihapuskan, cukai pendapatan akan dinaikkan atau memperkenalkan cukai baharu seperti cukai keuntungan modal atau mengurangkan perbelanjaan pembangunan.

- Situasi ini bermakna perlu menangguhkan atau membatalkan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan dan akan membawa kepada peningkatan kos pinjaman serta memudaratkan  ekonomi negara.

Comments