Faktor Luaran
FAKTOR LUARAN
- Pertumbuhan Eksport Kian Perlahan
- Aliran Keluar Modal Asing
- Pengurangan Pembelian Barangan Tempatan
- Perang Ekonomi China Dan Amerika Syarikat (AS)
PERTUMBUHAN EKSPORT KIAN PERLAHAN
- Disebabkan oleh ketidakstabilan dalam permintaan negara China dan Amerika Syarikat akibat berlakunya perang perdagangan antara kedua-dua negara ini.
- Eksport pertanian merosot sebanyak 11.2 % disebabkan oleh penurunan penerimaan hasil minyak dan getah asli.
- Contohnya, petroleum mentah menurun 8.2 % daripada RM 2.7 bilion disebabkan oleh penurunan dalam volum eksport sebanyak 10.7 %. Getah asli pula jatuh 9.6 % daripada RM 322.5 juta disebabkan oleh pengurangan dalam volum eksport sebanyak 9.7 %.
ALIRAN KELUAR MODAL ASING
- Peningkatan sentimen pasaran akibat daripada faktor luaran yang mendominasi tingkah laku pelabur merupakan antara punca utama yang menyebabkan pengaliran keluar modal asing.
- Elemen utama yang mempengaruhi ialah pengukuhan dolar AS berbanding mata wang lain dan kenaikan pulangan bon dari AS yang melebihi paras tiga peratus berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah.
- Ketidakpastian hala tuju pasaran di Eropah yang membawa kesan tidak menentu di rantau ini selain tekanan ke atas pasaran minyak mentah dan ketegangan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat turut mempengaruhi sentimen pelabur.
- Aliran keluar modal asing di Malaysia sebanyak US$ 253 juta.
- Sikap rakyat yang menganggap dan mempercayai barangan luar negara lebih berkualiti berbanding dengan barangan tempatan.
- Barangan tempatan tidak mendapat sambutan baik, tentulah ekonomi negara akan merosot kerana tidak ada orang sanggup berbelanja di Malaysia.
- Pengaliran wang ke negara asing berlaku.
-Kerajaan memerlukan pengguna berbelanja untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Jika pengguna tidak berbelanja, maka kesan pengganda adalah kecil, justerupertumbuhan ekonomi menjadi perlahan.
PERANG EKONOMI CHINA DAN AMERIKA SYARIKAT
- Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China bukan sahaja memberi impak kepada perdagangan dan pertumbuhan global malahan turut mempengaruhi rantaian bekalan yang memberi kesan kepada perniagaan, pekerjaan dan pengguna.
- Kesan negatif daripada perang ekonomi adalah meningkatkan kos perniagaan dan ketidakstabilan pasaran kewangan serta menjejaskan keyakinan pelabur.
- Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019, perkembangan yang berlaku kepada rakan dagangan negara utama akan memberi kesan langsung dan tidak langsung ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia.
- Hal ini demikian kerana China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia bgi 9 tahun berturut-turut serta menyumbang 13.5 peratus kepada jumlah eksport pada tahun 2017 manakala Amerika Syarikat pula menyumbang 9.5 peratus kepada jumlah eksport Malaysia.
- Sekiranya perang perdagangan semakin meruncing dan menjejaskan pengeluaran global sebanyak 0.4 mata peratusan menjelang 2020, ekonomi Malaysia dijangka merosot sehingga 0.7 peratus.
Comments
Post a Comment