PASANG SURUT EKONOMI MALAYSIA 2018
GCI 1022 CABARAN & ISU SEMASA DUNIA

NAMA PENSYARAH: ENCIK NORIZMAN BIN IDRIS
UNIT: W1
DISEDIAKAN OLEH :  
TAN VI ANN
SIA JIA WEN
ANISHADEVI A/P PARTHIBAN


 FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN PASANG SURUT EKONOMI MALAYSIA 2018

 FAKTOR DALAMAN

  • Penurunan Harga Minyak Kelapa Sawit
  • Perubahan Tampuk Pemerintahan Kerajaan
  • Liabiliti Kerajaan 
  • Pemansuhan GST

PENURUNAN HARGA MINYAK KELAPA SAWIT

- Penurunan harga kelapa sawit menjejaskan ekonomi Malaysia.  Hal ini demikian kerana Malaysia banyak mengeksport kelapa sawit.  Oleh sebab itu, ketika harga kelapa sawit menurun, keuntungan kepada negara akan berkurang secara tidak langsung mempengaruhi ekonomi Malaysia.

- Berdasarkan fakta semasa, harga minyak kelapa sawit pada akhir bulan Mac 2018 adalah 
RM 2 966.00 / tan metrik manakala harga minyak kelapa sawit pada bulan April 2019 adalah 
RM 2471.49 / tan metrik.  Penurunan harga sebanyak hampir 17 peratus.

- Harga kelapa sawit menurun juga berkait rapat dengan persaingan sengit dengan Indonesia kerana Indonesia memasarkan komoditi pada harga yang sangat murah.

- Walaupun kualiti minyak kelapa sawit Malaysia lebih tinggi namun Indonesia menjual minyak kelapa sawit pada harga yang lebih murah daripada Malaysia, tentulah negara pengimport memilih minyak kelapa sawit Indonesia.

- Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan bahan bakar biosawit kerana penggunaan minyak kelapa sawit mengakibatkan masalah jerebu, kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar. Pengharaman ini menyebabkan harga minyak kelapa sawit jatuh secara mendadak.



PERUBAHAN TAMPUK PEMERINTAHAN KERAJAAN

- Pada 9 Mei 2018, parti Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan baharu.

-Dengan peralihan kuasa pemerintahan, pelbagai pembaharuan akan dilaksanakan dan berkemungkinan menyebabkan ketidakstabilan politik kerana terdapat percanggahan pendapat.

- Ketidakstabilan politik turut akan mempengaruhi ekonomi negara kerana kuasa politik menentukan pelaksanaan program ekonomi.

- Perubahan dasar seperti pengkajian semula projek mega serta perubahan BR1M kepada BSH.  Contohnya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diterajui China Communications Construction Group Ltd dibatalkan kerana Malaysia tidak mampu menanggung kadar faedah tahunan yang menjangkau hampir RM 500 juta.

- Kesannya, nilai pampasan yang perlu dibayar kepada China turut meningkatkan perbelanjaan Malaysia. 



LIABILITI KERAJAAN

- Jumlah liabiliti kerajaan mencecah RM 1.1 trilion iaitu kira-kira 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-Peningkatan liabiliti adalah untuk menampung pembiayaan projek yang sedang dilaksanakan dan perlu menambahkan modal lagi bagi menyempurnakannya.  Hal ini mengakibatkan kerajaan kekurangan wang.

- Kerajaan Malaysia tidak berupaya membayar hutang dan terpaksa memperoleh pinjaman daripada negara lain iaitu Jepun.

- Hutang yang banyak menyebabkan Malaysia tidak mampu memacukan ekonomi kerana kekurangan modal.



PEMANSUHAN GST

- Penggantian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

- Pengenalan SST merubah pendapatan ekonomi negara kerana kutipan cukai negara jatuh dari 44 bilion kepada 21 bilion setahun.  Hal ini demikian kerana hanya 38 % barang yang dikenakan cukai SST manakala 60 %  barang yang dikenakan cukai GST.

- Sekiranya GST dihapuskan, cukai pendapatan akan dinaikkan atau memperkenalkan cukai baharu seperti cukai keuntungan modal atau mengurangkan perbelanjaan pembangunan.

- Situasi ini bermakna perlu menangguhkan atau membatalkan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan dan akan membawa kepada peningkatan kos pinjaman serta memudaratkan  ekonomi negara.





FAKTOR LUARAN
  • Pertumbuhan Eksport Kian Perlahan
  • Aliran Keluar Modal Asing
  • Pengurangan Pembelian Barangan Tempatan
  • Perang Ekonomi China Dan Amerika Syarikat (AS)

PERTUMBUHAN EKSPORT KIAN PERLAHAN

- Disebabkan oleh ketidakstabilan dalam permintaan negara China dan Amerika Syarikat akibat berlakunya perang perdagangan antara kedua-dua negara ini.

- Eksport pertanian merosot sebanyak 11.2 % disebabkan oleh penurunan penerimaan hasil minyak dan getah asli.

- Contohnya, petroleum mentah menurun 8.2 % daripada RM 2.7 bilion disebabkan oleh penurunan dalam volum eksport sebanyak 10.7 %.  Getah asli pula jatuh 9.6 % daripada RM 322.5 juta disebabkan oleh pengurangan dalam volum eksport sebanyak 9.7 %.
  


ALIRAN KELUAR MODAL ASING

- Peningkatan sentimen pasaran akibat daripada faktor luaran yang mendominasi tingkah laku pelabur merupakan antara punca utama yang menyebabkan pengaliran keluar modal asing.

- Elemen utama yang mempengaruhi ialah pengukuhan dolar AS berbanding mata wang lain dan kenaikan pulangan bon dari AS yang melebihi paras tiga peratus berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah.

- Ketidakpastian hala tuju pasaran di Eropah yang membawa kesan tidak menentu di rantau ini selain tekanan ke atas pasaran minyak mentah dan ketegangan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat turut mempengaruhi sentimen pelabur.

- Aliran keluar modal asing di Malaysia sebanyak US$ 253 juta.



PENGURANGAN PEMBELIAN BARANGAN TEMPATAN

- Sikap rakyat yang menganggap dan mempercayai barangan luar negara lebih berkualiti berbanding dengan barangan tempatan.

- Barangan tempatan tidak mendapat sambutan baik, tentulah ekonomi negara akan merosot kerana tidak ada orang sanggup berbelanja di Malaysia.

- Pengaliran wang ke negara asing berlaku.

-Kerajaan memerlukan pengguna berbelanja untuk menjana pertumbuhan ekonomi.  Jika pengguna tidak berbelanja, maka kesan pengganda adalah kecil, justerupertumbuhan ekonomi menjadi perlahan.




PERANG EKONOMI CHINA DAN AMERIKA SYARIKAT

- Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China bukan sahaja memberi impak kepada perdagangan dan pertumbuhan global malahan turut mempengaruhi rantaian bekalan yang memberi kesan kepada perniagaan, pekerjaan dan pengguna.

- Kesan negatif daripada perang ekonomi adalah meningkatkan kos perniagaan dan ketidakstabilan pasaran kewangan serta menjejaskan keyakinan pelabur.

- Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019, perkembangan yang berlaku kepada rakan dagangan negara utama akan memberi kesan langsung dan tidak langsung ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia.

- Hal ini demikian kerana China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia bgi 9 tahun berturut-turut serta menyumbang 13.5 peratus kepada jumlah eksport pada tahun 2017 manakala Amerika Syarikat pula menyumbang 9.5 peratus kepada jumlah eksport Malaysia.

- Sekiranya perang perdagangan semakin meruncing dan menjejaskan pengeluaran global sebanyak 0.4 mata peratusan menjelang 2020, ekonomi Malaysia dijangka merosot sehingga 0.7 peratus.






Kesan Pasang Surut Ekonomi Malaysia 2018 ke atas Rakyat 

Kesan Positif

 - Memupuk amalan berjimat cermat dan mengurus wang dengan bijak

- Industri tempatan dapat diperkembangkan

- Pertumbuhan sektor pelancongan 


MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT & MENGURUS WANG DENGAN BIJAK

         


- Impak ekonomi Malaysia 2018 telah menyedarkan khalayak ramai untuk bijak merancang pengurusan wang.

- Rakyat dapat membezakan keperluan dan kehendak sebelum membeli sesuatu barang.

- Mereka dapat membanding harga di beberapa kedai sebelum membeli untuk membeli barang yang sama dengan harga yang paling murah.

- Masyarakat juga dapat membeli barang mengikut kemampuan sendiri di mana peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi seperti mengukur baju di badan sendiri supaya tidak membebankan aspek kewangan sendiri.

- Orang ramai dapat membuat senarai barang ketika membeli barang di pusat beli-belah dan tidak membazir duit dengan sewenang-wenangnya.

- Tips untuk menjimat duit dapat mengelakkan mereka berhutang.

- Mereka dapat menyimpan duit simpanan untuk kes kecemasan.


INDUSTRI TEMPATAN / DOMESTIK DIPERKEMBANGKAN


- Harga barang tempatan yang lebih murah akan dijadikan pilihan utama rakyat Malaysia.

- Barang buatan Malaysia dapat melahirkan semangat nasionalisme apabila rakyat menyokong buatan negara sendiri yang berkualiti dan berasa bangga.

- Sebagai contoh, banyak orang Malaysia membeli kereta tempatan seperti Viva, Myvi dan Perodua.

- Keadaan ini akan membantu untuk mengekalkan kestabilan nilai mata wang negara kerana                       pertukaran asing kepada negara luar akan dikurangkan.

- Situasi ini dapat merendahkan kadar pengangguran di negara kita.

- Kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.


PERTUMBUHAN SEKTOR PELANCONGAN


- Negara yang mempunyai nilai mata wang asing yang lebih tinggi apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia meningkatkan kuasa beli pelancong untuk berbelanja di Malaysia.

- Kemampuan mereka membeli buah tangan kerana harga penjualan di Malaysia lebih murah menarik minat mereka datang ke Malaysia melancong.

- Destinasi-destinasi pelancongan seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Sabah merupakan contoh yang disukai.

- Malaysia mempunyai banyak gunung, banjaran dan laut yang indah untuk diterokai.

- Pembentukan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum merupakan keunikan yang terunggul kerana lebih banyak pilihan dari segi pemakanan, pemakaian, adat resam, tradisi dan budaya.

- Keharmonian negara dan sikap ramah mesra negara Malaysia dapat memikat hati pelancong negara luar.  


Kesan Negatif

- Kos sara hidup rakyat meningkat

- Masalah kekeluargaan dalam masyarakat

- Kadar jenayah meningkat


KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT


- Inflasi berlaku di mana berlakunya kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi. 

Kos sara hidup semakin meningkat dan masyarakat menjadi kurang mampu untuk membeli barang dan perkhidmatan yang boleh memenuhi kepuasan dan kehendak mereka. 

- Taraf kebajikan mungkin terjejas kepada mereka yang berpendapatan tetap kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

- Kadar kemisikinan dalam kalangan masyarakat akan meningkat kerana banyak isi rumah tidak mempunyai punca pendapatan yang lain. 


MASALAH KEKELUARGAAN DALAM MASYARAKAT


- Masalah kesihatan mental seperti kemurungan atau stres yang serius mungkin wujud kerana beban kewangan yang semakin meningkat.

- Pergaduhan atau konflik lain akan ditimbulkan dalam isi rumah akibat tekanan untuk menampung kos sara hidup keluarga.

- Masyarakat juga akan kehilangan yakin diri apabila ketinggalan dari segi ilmu dan teknik terbaharu dalam bidang kepakaran.


KADAR JENAYAH MENINGKAT


- Kes jenayah dalam masyarakat seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah dan sebagainya akan meningkat.   

- Punca yang berlaku kes jenayah kerana mereka yang kurang berkemampuan dan kesempitan wang ingin mengambil jalan cepat untuk mendapat wang dengan cara yang salah.

- Rakyat akan berasa bimbang akan keselamatan diri.


SUMBER RUJUKAN

1.  RUJUKAN INTERNET

Aina Nadira.  Pasang Surut Ekonomi Malaysia 2018.  Retrieve from

           https://prezi.com/p/lw62zz84qusw/gci-ii/

Trend Harga Kelapa Sawit Yang Menurun Untuk Jangka Masa Yang Panjang Boleh

           Memberi Impak Kepada Industri Kelapa Sawit, Bagaimana Kerajaan Boleh   

          Memastikan Nasib Pekebun Sawit Terbela Ekoran Krisis Yang Melanda Industri

          Kelapa Sawit.  Retrieve from

          https://seribuombak.wordpress.com/2018/11/07/trend-harga-kelapa-sawit-yang-

          menurun-untuk-jangka-masa-yang-panjang-boleh-memberi-impak-kepada-

          industri-kelapa-sawit-bagaimana-kerajaan-boleh-memastikan-nasib-pekebun-

          sawit-terbela-ekoran-krisis-yan/

Mohd Husni Mohd Noor.  Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Cecah RM 1.1 Trilion.  Retrieve

          from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/461586/hutang-dan-liabiliti-

          kerajaan-cecah-rm11-trilion

Berita Harian Online.  Konflik Perdagangan AS-China Beri Kesan Global.  Retrieve from

          https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/493676/konflik-

          perdagangan-china-beri-kesan-global

Astro Awani.  Perang perdagangan AS-China Akan Perlahankan Eksport Malaysia.  

          Retrieve from https://www.astroawani.com/berita-bisnes/perang-perdagangan-

          aschina-akan-perlahankan-eksport-malaysia-penganalisis-211029

Malaysia Terkini.  GST Bahayakan Ekonomi Jika Dihapuskan – Wahid.  Retrieve from

          https://www.malaysiakini.com/news/423585










Comments

  1. Useful siakkkkkkkkπŸ˜πŸ˜˜πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  2. good pointsπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  3. Wah very good elaboration!!!

    ReplyDelete
  4. Data yg sngt menarik dan berguna, isi yang jelas, sngat membantu ��������

    ReplyDelete
  5. Design slide menarik, terdapat gambar untuk memudahkan pemahaman pembaca! Bagus, teruskan usaha anda.

    ReplyDelete

Post a Comment